<< November 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Tuesday, November 08, 2005
Pembuka Bicara & Salam Lebaran

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, rasanya dah agak lama laman rtnasyid.blogdrive. com ini beroperasi. Dan macam-macam kekurangan yang terlukis padanya. Macam-macam saya terima komen dan maklumbalas daripada semua. Terima kasih kerana sudi melawat dan mengambil manfaat. Buat pemilik-pemilik lagu atau lirik, maaf saya pohon kerana saya tak mampu beri anda royalti kerana apa yang saya buat tidak berasaskan keuntungan. Jauh sekali daripada untuk meniaga. Tapi pada masa akan datang, kalau diberi peluang dan ruang oleh Allah, saya sudi berkhidmat menjadi composer RT untuk munsyid-munsyid sekalian.

Saya akhir-akhir ini, kurang membuat RT. Walaupun ada juga yang dihasilkan sepintas lalu, tapi, saya selalu tak sempat untuk memaparkan kepada pengunjung-pengunjung laman ini. Kadang-kadang, dah tiba di CC, tapi terlupa pula, saya tak copy lagi file text tu dalam thumbdrive saya. Selalu macam tu. Akhirnya saya terlupa.

Sebenarnya, banyak lagi RT yang saya koleksi. Saya mula menyimpan dan mengumpul RT sejak NOKIA 3310 diperkenalkan. Pada masa tu, ada banyak juga website yang memaparkan RT beberapa jenis model telefon, selain NOKIA Composer. Saya juga rajin copy paste daripada Mesra.Net, dan web-web lain. Selain itu, saya kumpul hasil kerja kawan-kawan saya.

Daripada situ, timbul minat untuk membuat sendiri RT. Cara mudah dan praktikal juga menjadi asas untuk penguasaan muzik, saya cuba gunakan software Microsoft Kids Play It! Memang nampak seperti kebudak-budakan, tapi software itu ada kelebihannya tersendiri. Cuma berlatih memainkan beberapa lagu nasyid setiap hari, akhirnya saya dapat menguasai teknik RT Nokia Composer.

Saya ingin pergi lebih jauh. Saya cuba berlatih menggunakan software Cakewalk Studio 2004 untuk membuat fail MIDI yang lebih universal penggunaannya di bawah seliaan Bro Aziz Al-Masaar (kredit ni). Tapi macam biasa, masalah@masa@malas  lebih menguasai. Hehehe. Lagipun agak leceh untuk membuat satu fail MIDI yang panjang beberapa minit. Kalau RT Composer lebih mudah, terhad sedikit. 50 notes sahaja.:)

Juga impian saya untuk membina sendiri sebuah portal RT yang menjadi pusat download RT terbesar di Malaysia. Harganya pun saya akan buat semurah mungkin. Kalau mampu, 50 sen je satu RT. Tapi semua-semua tu perlukan modal. Macam biasalah.

Maaf sekali lagi kiranya laman ini kurang update. Saya pasti, ramai yang ternanti-nanti bila nak keluar RT baru. Ada, semalam saya baru buat Rahmat Ujian. Tapi terlupa pula untuk bawa. Hehehe..Maaf lagi no..

Selamat Menyambut Lebaran Aidilfitri & Maaf Zhohir & Bathin!

Yang Ikhlas,

WEWR



Posted at 11:13 am by wewr

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry