Entry: Final 24 Hours Notice : Mari Pindah Rumah! Sunday, February 18, 2007



Assalamualaikum Semua!

Pertama sekali maaf ler sebab terlampau-lampau lama tak update. Saya telah dihinggapi sindrom malas. Keduanya, saya tak bercadang untuk mengemaskinikan lagi weblog yang ni.

Ketiganya, ada benda saya nak bagitahu pada semua. Website ni dah ada port baru, iaitu di
Ringtone Nasyid @ Multiply. Dah agak lama juga saya buka website yang baru tu, cuma tak sempat bagitahu.

Apa yang ada di sana? Em, taklah banyak sangat lagi. Tapi saya akan cuba penuhkan dengan segala koleksi ringtone yang saya ada. Ok?

Anda boleh jadi ahli grup multiply tu, dengan syarat anda ada id multiply. Nak daftar id multiply, sangat mudah, 1 minit dah siap. Ahli grup mempunyai kelebihan memberi komen, ulasan, soalan, request, dan boleh juga menyumbang di sana. Di multiply juga anda boleh lihat rangkaian website yang saya telah bina, khusus untuk semua.

Apa lagi ye? Isi-isi website ni saya akan slow-slow pindahkan ke sana. Nanti website ni saya tak akan jenguk lagi dah. Ok?

Untuk kesekian kalinya, terima kasih kerana berkunjung ke sini. Saya sangat berbesar hati menerima kehadiran kalian yang putus-putus berkunjung.
Arigatou Gozaimasu!

Wassalam.

The End.


   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments